Syafirul Ramli's ;).

The Empire of Syafirul Ramli ;).

‘Saya terpikat AirAsia’- Rafidah ;).

leave a comment »

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
bisnes@utusan.com.my
 

Rafidah… Saya kagum dengan visi, aspirasi AirAsia.

 


KUALA LUMPUR 18 Mac – Biarpun ditawarkan jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dan Talent Corporation, tawaran AirAsia Bhd., ternyata lebih menambat hati Tan Sri Rafidah Aziz (gambar).

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu memilih tawaran syarikat swasta itu selepas teruja dengan visi, aspirasi dan perluasan operasinya, sekali gus menyebabkan Rafidah tidak mampu menolak pelawaan menjadi Pengerusi AirAsia X.

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh milik AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah yang dimiliki oleh tokoh korporat Tony Fernandes.

Menurut Rafidah, beliau ditawarkan jawatan tersebut pada Januari 2011 selepas benar-benar ‘terpikat’ dengan strategi AirAsia X dalam mengembangkan operasi mereka.

Beliau yang melahirkan rasa kekaguman terhadap cara AirAsia berkerja, tanpa berfikir panjang menerima pelawaan syarikat itu.

Selain itu, kata Rafidah, sebagai sebuah swasta, AirAsia turut memberi fleksibiliti termasuk kebebasan bekerja dari rumah berbanding tatacara bertugas di syarikat-syarikat milik kerajaan.

Mengulas lanjut Rafidah berkata, jawatan yang disandangnya itu bukan untuk bermegah-megah, sebaliknya timbul tanggungjawab untuk membantu AirAsia X ‘terus terbang tinggi’.

”Sedar atau tidak, kewujudan AirAsia dan AirAsia X telah memberi peluang berjuta-juta orang yang tidak terfikir pun boleh menaiki kapal terbang, mampu menggunakan perkhidmatan itu pada hari ini.

”Bukan di Malaysia sahaja, malah warga England dan Perancis yang kurang berkemampuan kini boleh terbang ke Malaysia dan negara-negara lain dengan adanya AirAsia X.

”Jadi, saya akan membantu AirAsia X untuk mendapatkan lebih banyak laluan supaya AirAsia mampu menjadi sebuah syarikat penerbangan yang hebat setanding syarikat-syarikat lain di dunia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tanpa berahsia, Rafidah memaklumkan, beliau bersama AirAsia kini berusaha untuk mendapatkan laluan ke Jeddah di Arab Saudi dan Sydney di Australia.

Katanya, sebenarnya Malaysia akan rugi besar sekiranya tidak membenarkan AirAsia X berkembang kerana ramai rakyat negara ini dan serantau yang mahu mengerjakan umrah telah menggunakan perkhidmatan penerbangan lain kerana tambangnya murah.

”Rakyat Malaysia sendiri pergi ke Indonesia menggunakan Garuda ke Jeddah, semata-mata untuk menikmati tambang murah.

”Jadi, kalau AirAsia X mampu memberi tambang murah untuk membolehkan lebih ramai orang termasuk pakcik, makcik di kampung mengerjakan ibadah, apa salahnya,” tegasnya.

Katanya, jangan tidak tahu, ramai orang Malaysia sanggup ke Singapura untuk ke Sydney, juga untuk mendapatkan harga tambang kompetitif.

”Kalau AirAsia X boleh menawarkan harga yang sama (murah) mengapa tidak diberi peluang kepada mereka?,” kata Rafidah.

Ditanya pandangan beliau tentang dakwaan kononnya wujud persaingan sengit antara AirAsia dan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS), Rafidah berkata, anggapan itu tidak betul kerana kedua-dua syarikat memiliki pasaran cukup berbeza.

”Secara asasnya pun semua orang tahu MAS adalah syarikat penerbangan premium dan AirAsia tambang murah, mana boleh sama, mana boleh syarikat premium bersaing dengan tambang murah.

”Kalau penumpang yang mahu selesa mereka akan menggunakan MAS dan sekiranya penumpang tidak kisah dengan perkhidmatan bajet, asalkan boleh terbang ke destinasi, mereka akan memilih AirAsia.

”Senang cakap, bot laju dengan kapal mewah mana sama,” tambah beliau.

Rafidah turut melahirkan rasa kehairanan kenapa ada pihak yang tertentu lebih rela melihat MAS bersaing dengan Singapura dan Emirates berbanding dengan syarikat swasta negara sendiri seperti AirAsia.

Katanya, persaingan antara MAS dan AirAsia sepatutnya dilihat dari sudut positif kerana AirAsia adalah syarikat tempatan yang telah banyak menjana pertumbuhan industri pelancongan dan rantaian bagi sektor tersebut.

Jelasnya, sama ada sedar atau tidak, setiap kemasukan seorang pelancong, secara kasarnya ia memberi impak 12 kali ganda pulangan kepada negara yang dilawati.

Malah, secara sinikal Rafidah berkata, MAS adalah sebuah syarikat GLC dan sekiranya ia tidak mampu bersaing, jangan berada dalam persaingan tersebut.

”Persaingan dalam sektor swasta adalah amalan biasa di kalangan mereka dan itulah ‘semula jadi’ mereka. Mentaliti syarikat swasta memang begitu.

”Semasa saya di MITI dulu, saya tengok Top Glove dan Supermax mengeluarkan produk sama tetapi kedua-duanya bersaing di peringkat global.

”Dan, mereka berjaya. Apakah salahnya sekiranya MAS dan AirAsia juga seperti itu?,” kata beliau.

Menurut Rafidah, sekiranya AirAsia berjaya, kejayaan syarikat penerbangan itu bakal memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

”Kalau diberi peluang banyak destinasi, AirAsia akan memiliki lebih banyak kapal terbang, sekali gus memberi kesan rantaian kepada perniagaan penyelenggaraan kapal terbang dan yang berkaitan dengan industri tersebut,” katanya.

Lihat sahaja Dubai, negara itu bukan besar tetapi ia memiliki rangkaian besar dalam sektor penerbangan dan Malaysia juga mampu menjadi seperti itu sekiranya semua pihak berfikiran terbuka.

“Yang penting sekarang kita perlu membina pasaran supaya Malaysia mampu menjadi hab atau pusat penerbangan yang lebih besar.

“Dalam hal ini, MAS harus berfikiran terbuka kerana persaingan adalah hakikat dalam perniagaan,” ujarnya.

Who said? AINUL ASNIERA AHSAN said😉.

Written by Syafirul Ramli>>

March 21, 2011 at 3:22 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: