Syafirul Ramli's ;).

The Empire of Syafirul Ramli ;).

Jangan sesekali ‘kita bako’ ;).

leave a comment »

usop

Filem P. Ramlee adalah filem yang tidak dimakan zaman. Ia tetap relevan dan berkualiti untuk generasi masa depan. Satu ketika, industri filem Melayu ketandusan filem sehebat filem P. Ramlee. Syukur kerana kini filem Melayu sudah banyak yang berani menyentuh sensitiviti demi memberi pengajaran kepada penonton. Filem terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah sarat dengan mesej yang menggambarkan ortodoks bangsa Melayu.

Salah satu mesej yang disampaikan ialah ungkapan Usop Wilcha yang mengusulkan orang kampung untuk membakar rumah Kak Limah kerana mempercayai itu adalah jalan penyelesaian. “Kita bako” katanya, supaya Hantu Kak Limah tidak boleh pulang ke rumah lagi.

Pengarah secara sinis menyampaikan banyak mesej kesedaran antaranya tentang sikap orang Melayu yang suka mengambil jalan penyelesaian mudah.

Terkini ialah penyelesaian orang Melayu melalui Perkasa dan Utusan Melayu iaitu konsep 1Melayu, 1Bumi. Malah kedengaran beberapa suara mendesak Ketua Menteri Sarawak untuk mengajar pengundi Cina akibat tidak mengundi Kerajaan BN.

Hakikatnya tindakan Utusan adalah hasil reaksi dari tindakan akhbar Cina yang bebas mempersoalkan Perlembagaan Malaysia iaitu Perkara 153. NGO Perkasa pula geram apabila DAP dibiarkan bebas menggunakan isu “Perdana Menteri Malaysia Orang Cina” jika undi DAP.

Semua tindak balas ini adalah normal mengambil kira entah beribu kali kesabaran orang Melayu Islam dijolok dan diuji oleh pemimpin Cina dan kumpulan Hindraf. Malah pendirian kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri yang dilihat berlembut dengan DAP, akhbar Cina, pelampau Cina seperti Namewee, pelampau Hindraf membuatkan orang Melayu percaya keadilan dan kedaulatan undang-undang berada di tangan mereka dan bukan kerajaan.

Nasib orang Melayu harus diperjuangkan mereka sendiri. Soalnya, apakah pendekatan “kita bako” adalah pendekatan terbaik. Jika kita kembali ke tahun 1999 di saat ketika hampir semua Melayu membenci Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tidak memberikan undi kepada BN, Cina tampil dengan semangat kenegaraan yang tinggi mengundi pemimpin Melayu untuk membolehkan UMNO terus kekal berkuasa sehingga hari ini. Jika undi popular menjadi ukuran, kepimpinan Melayu sudah tumbang pada PRU 1999.

Tsunami 2008 menyebabkan ramai Cina dijangkiti virus perkauman dan kini ia sudah menjadi barah kepada Cina. Wajarkah UMNO meminggirkan dan menghukum Cina di ketika MCA dan Gerakan sedang lemah? Patutkah UMNO membiarkan MCA dan Gerakan bergelut dengan masalah undi pecah dan menangguk di air yang keruh? Sedangkan di kala UMNO menghadapi masalah yang sama, pengundi dan penyokong parti lain tetap setia mengundi BN dan menyokong kepimpinan UMNO.

Semangat muafakat keluarga BN sebenarnya adalah terhebat di dunia dan sepanjang sejarah dunia moden. Kerana muafakat inilah, Cina dan India tidak mengambil kesempatan ketika orang Melayu berpecah teruk, ketika UMNO diharamkan dan ketika perpecahan Melayu pada 1999.

Kerana muafakat inilah, BN mampu terus memperoleh kepercayaan rakyat. Muafakat membawa berkat, begitulah yang dipesan, begitulah ia digenggam. Namun, jangan digenggam bara api, kerana api tidak mungkin padam jika ia terus dijadikan pertaruhan.

Di sebalik semangat muafakat Melayu jangan diduga lautan yang dalam, kerana orang Melayu dan Perkasa akan terus memerhatikan dan mempertahankan Melayu walau nyawa bercerai badan. Begitulah juga prinsip yang dipegang pejuang Cina, India dan lain-lain. Lebih baik jadi segenggam lidi daripada jadi seggengam bara api.

Pilihan terletak di tangan kita dan apa sahaja pilihan Melayu, pilihan Cina, pilihan India dan pilihan kaum lain, jangan sesekali “kita bako” jambatan antara kita. Jangan kita biar hantu tua seberang sana mengajar kita bagaimana mahu mentadbir negara. Kembalilah pada semangat muafakat dan Melayu, Cina dan India perlu mengetuai pengorbanan agar co-existense semua kaum di Malaysia terjamin.26/4/2011

Who said? MUSTAQIM ABDUL RAHMAN said😉.

Written by Syafirul Ramli>>

April 29, 2011 at 9:16 AM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: